Jumat, 26 Juli 2013

jack the ripper

JENAYAH MISTERI : Jack The Ripper
Pada tahun 1888, sewaktu era Victoria, kota London dikejutkan dengan sebuah kejadian yang digelar The Whitechapel Murders (Pembunuhan di Whitechapel). Apa yang lebih menarik, kesemua mangsa pembunuhan adalah dari kalangan pelacur wanita sahaja. Persoalan berkenaan siapa pembunuh wanita-wanita berkenaan kekal menjadi misteri sehingga hari ini. Walaupun kejadian hitam itu berlaku lebih dari 120 tahun, ianya masih berjaya merangkul tempat pertama dalam senarai jenayah ekstrim sepanjang zaman.

Izinkan saya menulis dan bercerita berkenaan Jack The Ripper dengan secara ringkas (kalau bukan yang ringkas, memang kena buat penulisan 5 siri).

Dikenali juga dengan nama "The Whitechapel Murderer" dan "Leather Apron", Jack The Ripper hanya menjadikan pelacur sebagai sasarannya. Hasil siasatan polis, jumlah sebenar pembunuhan  adalah 5 orang wanita manakala 13 orang lagi mangsa lain, diragui sama ada perbuatan Jack atau bukan.  Hampir kesemua mangsa Jack akan di kelar dari bahagian leher atau tekak sehingga ke abdomen. Isi perut serta organ-organ di dalam badan 3 antara 5 orang mangsanya pula dikeluarkan. Bahagian muka juga dicederakan. Pihak Scotland Yard percaya bahawa individu yang digelar Jack The Ripper ini mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang pembedahan serta anatomi badan manusia berdasarkan gaya pemotongan badan dan pengeluaran organ dari mangsa.

Letter "FROM HELL" (Surat "DARI NERAKA")

Pada Oktober 1888, pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Whitechapel, George Akin Lusk mengesyaki bahawa rumahnya sedang diperhatikan oleh seorang lelaki yang berjambang. Oleh kerana tidak sedap hati dan merasa terancam dengan kelibat lelaki asing itu, Lusk meminta perlindungan dari pihak polis. Pada 16 Oktober 1888, di rumah beralamat 1 Alderney Road, Mile End, Lusk menerima sebuah bungkusan yang tertera nama George Lusk serta dialamatkan kepadanya. Apabila Lusk membuka bungkusan tersebut, alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati sepucuk surat dan separuh ginjal manusia.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjayhaC9H50gTEJB-zM68kw352Vd8XKtjOhDPl4SGX9lllAO3G2wtBodb2VMbXD84idIIpkIWYzJfQO2WbfVh9ueh4a8oeW5zEGgggXJTBWu33Rll_Scu8Qb7iSEV25YeUzWzkDjAF6jOBG/s320/George_Lusk,_President_of_the_Whitechapel_Vigilance_Committee.jpg
George Akin Lusk (1839 - 1919)

Surat pertama, "From Hell" yang diterima George tidak menyebut nama si pengirim. Terdapat pelbagai kesalahan tatabahasa, ejaan dan penyusunan ayat di dalam surat yang berbunyi seperti berikut :
"From hell
Mr Lusk
Sor
I send you half the Kidne I took from one women preserved it for you the other piece I fried and ate it was very nice. I may send you the bloody knif that took it out if you only wate a while longer
signed
Catch me when you can Mishter Lusk"
"Dari neraka
Encik Lusk
Tuan
Saya mengirim separuh ginjal yang diambil dari seorang wanita dan menyimpannya untuk anda separuh lagi saya goreng dan telah memakannya dan rasanya amat enak. Saya berkemungkinan menghantar pisau yang masih berdarah, yang digunakan untuk mengeluarkan ginjal tersebut tetapi anda harus menunggu lebih lama

yang benar
tangkap saya jika boleh Encik Lusk"

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguLfPesp4IlRpPAgt_rdjfJQZ__CWTujXScOEAao1EsgMYWPl0uLQKL105BJt9p4_v_cmadIk7zoDNm-W9GatAzimKxGMy3odqAFMiCFsgOXCq-TECc9cPoVs8pUulAbXxMeOUTgoqt_XF/s320/FromHellLetter.jpg
Surat "DARI NERAKA" yang dikarang Jack The Ripper

Pada mulanya, George Lusk menganggap perkara tersebut sebagai satu jenaka. Dia kemudiannya menunjukkan surat serta ginjal tersebut kepada rakan-rakannya yang kemudian mendesak George untuk menyerahkan ginjal itu kepada Dr.Frederick Wiles. Oleh kerana Dr.Wiles berada di luar bandar ketika itu, ginjal tersebut diserahkan pula kepada Dr.Thomas Horrocks  Openshaw yang bertugas di hospital berdekatan. Kemudiannya, ginjal tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa. Dipercayai bahawa Catherine Eddowes adalah pemilik ginjal tersebut. Catherine adalah mangsa kedua sejurus selepas sejam  Jack membunuh Elizabeth Stride.

Surat "From Hell" serta ginjal mangsa telah hilang dari simpanan pihak berkuasa beserta dengan fail jenayah Jack The Ripper. Sehingga ke hari ini, tidak ada seorang pun yang tahu identiti sebenar penjenayah tersebut walaupun terdapat lebih kurang 27 suspek yang disyaki oleh penguat kuasa, orang ramai, wartawan serta penyelidik di era lain.

5 Mangsa Utama Jack The Ripper
MARY ANN NICHOLS 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIQfN3kyaRY4xPpN8mObZPlNXva4EVksYB2YPbPgShtw8c7kzuuF0TTh6xsfhVcbWrXmBqnkB5ZGrmaQE4tt37-c6PLMLtnANnunLuZS-FBHdqAIXXMQ-tPb9AmPv5nCZ_EBsV2I6LiCCL/s320/Mary+Anne+Nichols.jpg
26 Ogos 1845 – 31 Ogos 1888

Pada 11.00pm 23 Ogos 1888, Mary dilihat sedang berjalan di Whitechapel Road dan pada jam 12.30am pula, dia dilihat keluar dari sebuah kelab malam. Kali terakhir dia dilihat ialah pada jam 2.30am; sejam sebelum kematiannya. Ketika mayatnya ditemui, skirt yang dipakai mangsa tersingkap sehingga memperlihatkan alat sulit wanita itu. Orang yang menjumpai Mary tmenyangka Mary hanya pengsan lalu dia menurunkan skirt wanita itu dan kemudian pergi mencari polis untuk melaporkan kejadian tersebut. Polis dan seorang doktor yang sampai di tempat kejadian mengesahkan bahawa Mary telah meninggal dunia. Bahagian tekak wanita itu dikelar dari hujung leher kiri ke kanan sebanyak 2 kali. Luka sepanjang abdomennya sangat dalam dan bergerigi, beberapa belahan yang melintang dan 3 hingga 4 luka lain yang serupa di bahagian kanan abdomen; dipercayai pembunuh menggunakan pisau berukuran sekurang-kurangnya 6 hingga 8 inci.

ANNIE CHAPMAN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuw48nDB5Ai6OQi_0R87-8RMzgvOrZ4Gx0SJf_ukvFk8i4bR40YgAF6fBGWOvxlvAy1pspJ4t5TXD_qySa724bfAPw0omwgVLXfnN03j3g6fjW-OgDKaovXfyB415tvo6YIHfK6KsvGwFm/s1600/Annie-Chapman.jpg
September 1841 – 8 September 1888

Nama sebenar wanita ini ialah Eliza Ann Smith, seorang janda yang mempunyai 3 orang anak. Pada 1.45am - pagi kematiannya, dia dilihat sedang mencari pelanggan di jalanan bagi membiayai sewa tempat tidurnya pada hari itu. Seorang saksi ternampak Annie berbual dengan seorang lelaki lewat 40-an, sedikit tinggi dari Annie, tekstur kulitnya gelap dan bukan dari daerah tersebut, di belakang lorong pada jam 5.30am. Lelaki itu memakai topi pemburu ala Sherlock Holmes, dan juga jaket panjang bewarna gelap. Maya Chapman ditemui sejurus sebelum jam 6.00am pada pagi 8 September oleh John Davis - penduduk kawasan berdekatan. Ketika ditemui, dia terbaring di hadapan pintu salah sebuaah premis di belakang lorong. Bersama-sama mayat adalah barang peribadi milik Annie seperti 2 biji pil untuk penyakit paru-parunya, sampul surat yang koyak, sehelai kain kasa dan sikat. Keadaan mayat Chapman hampir serupa dengan keadaan mayat Mary Ann Nichols yang dibunuh seminggu sebelumnya cuma bahagian rahim wanita ini hilang. Isi perutnya dicampak ke bahagian bahu Ann. Tidak ada tanda yang menyatakan bahawa Ann bergelut dengan pembunuhnya. Terdapat 2 kemungkinan mengapa dia tidak melawan. Pertama, kemungkinan dia telah di "pengsankan" dengan menggunakan klorofom manakala yang kedua, mangsa kenal dan percaya orang yang membunuhnya dan mungkin ketika itu mereka sedang berasmara dengan kasar dan Ann tidak menyangka bahawa orang yang mengasarinya ingin membunuh.

ELIZABETH STRIDE

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZ1f8ZaJGfvE9X_tz5o2JVy1AQoYVHDaOS-opHhFT_7KbQwtrnXbh5JQDdZ4XX7hsRdEjf8dXLVn3660X6HHjXWJTZG5wn1Krxmm9Q07vd2orgoMkAADO3qQ1DCTqa5oEIjfKhsC34VT8J/s320/Elizabeth+Stride.jpg
27 November 1843 – 30 September 1888




Elizabeth adalah seorang wanita gagap yang mempunyai 9 orang anak. Pada malam kematiannya, di mengenakan jaket bewarna hitam dan skirt. Pada jam 12.35am, Liz dilihat dengan seorang lelaki yang memakai topi ala Charlie Chaplin dan membawa bungkusan sepanjang 18 inci. Mayat Liz ditemui hampir pukul 1.00am. Namun mayatnya tidak di "kerja" kan oleh pembunuh. Yang ada hanyalah luka sembelihan di bahagian tekak dan beberapa luka lain di bahagian rahang dan muka. Kemungkinan besar, pembunuhnya tidak sempat "mengerjakan" mayat Liz kerana dia ditemui awal.


CATHERINE EDDOWES

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilT9tCbPmHuaayWQB02dC0WY6xE3lmEAz7YwqUF26AZ8-0MJYKLyuBZ0_n8e2-y7Qlc-YLo-zX8WtwRsDDp5mPdSm90xXO1uAFDsxP8CpFEbtnCsqypOrB7Fsk9z36KxdOD-AlbLvY8yXk/s320/Cath+Eddowes.jpg
14 April 1842 – 30 September 1888

Catherine Eddowes dibunuh lebih kurang sejam selepas pembunuhan Elizabeth Stride. Adakah pembunuh tersebut tidak mendapat kepuasan  kerana gagal untuk mengerjakan mayat Elizabeth, lalu dibunuh pula wanita ini dan mengerjakannya 2 kali lebih teruk? Pada hari Sabtu, 8.30pm, Catherine ditemui tidak sedarkan diri kerana mabuk oleh seorang pegawai polis yang kemudiannya membawa wanita tersebut ke lokap. Setelah kesan arak hilang di dalam sistemnya, dia dibebaskan polis pada jam 1.00am. Jalan pintas menuju ke rumahnya berada di sebelah kanan tetapi sebaliknya dia menuju ke kiri dan tidak diketahui motifnya. Kali terakhir dia dilihat hidup oleh 3 orang saksi yang baru pulang dari kelab malam berdekatan adalah pada jam 1.35am. Ketika itu, dia sedang berbual dengan seorang lelaki bermisai, berkulit cerah, berjaket ala tentera laut, berselendang merah dan bertopi leper. 10minit kemudian, mayat Catherine ditemui oleh seorang polis peronda, Edward Watkins. Mayat wanita ini berada dalam keadaan terlentang dengan kepalanya dihadapkan ke bahu kiri. Pakaiannya tersingkap sehingga ke bahagian abdomen. Mukanya cedera teruk, luka melintang di bahagian tekak. Organ dalaman dikeluarkan dan ditempatkan di bahagian bahu kanann mangsa. Ginjal sebelah kirinya telah diambil oleh pembunuh.

MARY JANE KELLY

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieSfilNEsogtFxSgaaSI9rOXl-0PuBGibWMOLUL9f5WoUF3wGb5ukqw1MsBH4q8gB2sx2yvUqol4dSA9I5H1thmt0c_LwEq7oLr0vL3FfqGq1W9oC2C5FI4ymWbI6crlQRqsR4w40f4oDv/s320/mARY+jANE+kELLY.jpg
1863 – 9 November 1888

Pada pagi 9 November 1888, John McCarthy, tuan rumah Kelly menghantar salah seorang pekerja beliau untuk mengutip sewa rumah kerana sudah 6 minggu wanita tersebut tidak membayar sewanya. Sejurus selepas 10.45am, pekerja yang bernama Bowyer mengetuk pintu bilik Kelly namun tiada jawapan. Bowyer melihat ke dalam bilik tersebut melalui tingkap dan alangkah terkejutnya Bowyer melihat keadaan mayat kelly seperti gambar yang dipamerkan di atas. Ketika polis tiba di tempat kejadian, pintu bilik Kelly berkunci dari dalam manakala terdapat beberapa pasang pakaian terbakar di bahagian pendiang. Polis berpendapat bahawa pembunuh sengaja membakar pakaian-pakaian tersebut bagi menghasilkan cahaya di dalam bilik itu memandangkan keadaan yang gelap. Hasil bedah siasat mendapati, Kelly dibunuh di antara jam 2 hingga 8.00am. Mayatnya terbaring dalam keadaan bogel di tengah-tengah katil, kepalanya dipalingkan ke kiri, tangan kanan yang hampir tercabut diletakkan berdekatan dengan badan. Kakinya terkangkang luas dan kerana organ dalamannya dikeluarkan menampakkan isi badannya yang bolong. Payudara wanita tersebut dipotong, dan mukanya hancur sehingga tidak dapat dikenalpasti. Tisu di bahagian leher potong sehingga ke tulang. Organ-organ dalamannya ditemui di merata-rata tempat. Rahim, ginjal dan sebelah payudaranya ditempatkan di bawah kepala, sebelah lagi payudaranya terletak di tapak kaki kanan, hatinya berada di antara kedua-dua belah kaki, usus di sebelah kanan dan limpa di sebelah kiri badan, kulit abdomen tercabut dan kedua-dua pehanya diletakkan di atas meja.Hidung, pipi, kening, telinga, dipotong, bibir melecur dan terdapat luka sehingga ke dagu dan beberapa torehan panjang lain di keseluruhan muka. Lehernya ditikam sehingga tembus ke tulang belakang. 

Alangkah kejamnya pembunuhan yang dilakukan. Kelly dipercayai sebagai mangsa terakhir Jack The Ripper. Adakah Jack tahu itu adalah mangsa terakhirnya lalu di"cacatkan" mayat Kelly 10 kali lebih dahsyat dari mangsa-mangsanya yang lain? 13 pembunuhan kejam selepas kelima-lima mangsa wanita ini diklasifikasikan sebagai "Jack Ripper Wannabe Killings" kerana ciri-ciri modus operandi tidak sama dengan 5 pembunuhan di atas. Adakah Jack seorang pakar bedah? Adakah dia seorang pakar anatomi? Atau mungkin Jack seseorang yang bekerja di sektor memotong daging. Adakah mungkin jenayah yang dilakukan berasas dariDENDAM terhadap isteri, teman wanita atau orang tersayang yang telah berselingkuh dengan lelaki lain? Atau mungkinkah DENDAM terhadap komuniti pelacur yang bertanggungjawab memberinya penyakit kelamin yang mengganggu kehidupan seharian seperti Siflis? Apa jua pekerjaan serta motif lelaki ini membunuh, tidak akan diketahui dan kekal misteri sehingga ke hari ini. 

Akhir kata dari saya

ADAKAH KEMUNGKINAN JACK THE RIPPER SEBENARNYA SEORANG WANITA?


0 komentar:

Posting Komentar